
✿◕♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥
...Untukmu Calon Tulang Rusukku...
✿◕♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
✿◕♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥¸.... ¸.´¨) ¸.*¨)♥
Tangan ini mulai menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mulai tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mulai mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahwa ungkapan "Kau tercipta untukku."
✿◕♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥¸.... ¸.´¨) ¸.*¨)♥
Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya arti kalimah ini karena diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, yaitu dirimu. Aku mulai mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.
✿◕♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥¸.... ¸.´¨) ¸.*¨)♥
Aku maukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku coba mempelajari arti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku coba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahasia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya karena dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.
✿◕♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥¸.... ¸.´¨) ¸.*¨)♥
Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh.
Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar da'i. Bukan itu yang aku pinta karena aku hanya mengharapkan keridho'an Allah. Yang aku takuti, diriku mulai didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku.
✿◕♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥¸.... ¸.´¨) ¸.*¨)♥
Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."
✿◕♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥¸.... ¸.´¨) ¸.*¨)♥
Aku khawatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya.
Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khawatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga..
✿◕♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥¸.... ¸.´¨) ¸.*¨)♥
Aku berasa bersalah kepada dirimu karena khawatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau.
✿◕♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥¸.... ¸.´¨) ¸.*¨)♥
Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, niscaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik."
✿◕♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥¸.... ¸.´¨) ¸.*¨)♥
Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu.
✿◕♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥¸.... ¸.´¨) ¸.*¨)♥
Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.
✿◕♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥¸.... ¸.´¨) ¸.*¨)♥
Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita.
✿◕♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥¸.... ¸.´¨) ¸.*¨)♥
Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.
✿◕♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥¸.... ¸.´¨) ¸.*¨)♥
"Kawinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita.
✿◕♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥¸.... ¸.´¨) ¸.*¨)♥
Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita,Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin.
✿◕♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥¸.... ¸.´¨) ¸.*¨)♥
Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.
✿◕♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥¸.... ¸.´¨) ¸.*¨)♥
Wahai saudari seakidahku..carilah lelaki yang mampu menjadi imam untukmu..yang menitis air mata melihat kesakitan mu ketika melahirkan zuriatnya..dan lelaki yang m'bangunkanmu untuk bangun beribadat bersama-sama pada 2/3 malam....
*♥*•*´¨`*•.*♥*.•*´¨`*•. ♥♥~*♥**♥*~♥♥ .•*´¨`*•.*♥*.•*´¨`*•*♥*
(¯`v´¯) ♥♥♥•♥•♥
`.¸.´ ♥♥.........¸.´
Semoga bermanfaat...
♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫
Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir
قبل أن تكتب لي الحلال
Sebelum Engkau Halal BagiKu)
Di Persilahkan Bagi yg Mau Tag,tag sendiri ataupun Share,
Bantu saudara kita yg mau minta tag.
✿◕♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥

♥♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸**¸.•'´¯) ¸.•'´ ¯)♥♥
♥●•٠ ♥♥DUHAI CALON IMAMKU_.
♥(_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥*`'•.¸_ )`'•. ¸_)♥
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Wahai kaum ADAM,
usah mengharapkan ketaatan,
binalah kepimpinan..usah mengharapkan wanita semulia Saidatina Fatimah Az-zahrah,,
andai peribadimu tidak sehebat saidina Ali Karamullah Wajhah..
•*¨`*•.♫❤♫❤♫❤❤♫❤♫❤.•*¨`*•..¸♫❤♫❤♫❤❤♫❤♫❤.•*¨`*•
Wahai kaum HAWA,akal setipis rambutmu,
kukuhkanlah dgn ilmu..Perasaan serapuh kaca,perkuatkanlah dgn iman..
Hati selembut sutera,hiasilah dgn peribadi..Romantis namun tidak kalis
Untukmu calon 'Imam'ku
yang tiada siapa mengenali termasuklah diri ini,
dirimu masih rahsia Penciptamu..rahasia yang telah ditentukan untukku,
yang perlu ku singkap dengan segunung taubat dan sepenuh kesungguhan sujudku,
cuma jambatan istikharah jua yang bisa merungkai rahasiaku ini....
•*¨`*•.♫❤♫❤♫❤❤♫❤♫❤.•*¨`*•..¸♫❤♫❤♫❤❤♫❤♫❤.•*¨`*•
Ketahuilah wahai mujahidku,Ketahuilah bahawa namamu tidak menjadi idamanku,
apa lagi untuk menatap wajahmu,Menggeletar diri ini apabila terfikirkan azab Allah,
justeru diri ini amat bersyukur,kerana masih tidak ditakdirkan sebarang pertemuan sedar antara kita,
ku bimbang andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu,sungguh kita menempuh siksaan Allah.
•*¨`*•.♫❤♫❤♫❤❤♫❤♫❤.•*¨`*•..¸♫❤♫❤♫❤❤♫❤♫❤.•*¨`*•
Ya Allah .. lindungi kami...
Biar bertahun lama yang ku tunggu bukan dirimu,
tetapi yang ku tunggu adalah lafaz akad yang akan membimbing diri ini ke Jannah Allah,
Apalah artinya perasaan kasih yang bersemi untukmu suamiku andai maharnya
bukan kemampuanmu untuk mendidikku menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih dari segalanya...
•*¨`*•.♫❤♫❤♫❤❤♫❤♫❤.•*¨`*•..¸♫❤♫❤♫❤❤♫❤♫❤.•*¨`*•
Tiada yang lebih bahagia suamiku,
melainkan didikanmu yang akan membuatkan diri ini mencintai perjuangan menegakkan Deen ini,
berikan ku sepenuh kekuatanmu dalam mendidik iman ku,
agar syahidmu ku damba,berikanku segala kasihmu jua agar sujudku kan tegar padaNya
dalam memohon dikurniakan pada kita mujahid-mujahidah
yang akan menyambung perjuangan Islam para Nabi terdahulu.
•*¨`*•.♫❤♫❤♫❤❤♫❤♫❤.•*¨`*•..¸♫❤♫❤♫❤❤♫❤♫❤.•*¨`*•
Berikanku sepenuhnya sebahagian hati
yang kau sediakan untuk diriku agar sebahagian hati mu itu akan
menjadi inspirasi padaku untuk menghantar satu per satu mujahid kita ke medan jihad,
Mungkin kau hairan suamiku,
mengapa diri ini hanya mahukan sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya.
Suamiku,
hatimu itu milik robbul jaleel,dan ku pohon sebahagian itu sebagai semangatku
•*¨`*•.♫❤♫❤♫❤❤♫❤♫❤.•*¨`*•..¸♫❤♫❤♫❤❤♫❤♫❤.•*¨`*•
Wahai Calon Imamku,
Dari awal lagi sudah ku didik hati ini,
bahwa dirimu suami ku bukan milikku dan juga mujahid-mujahidku itu bukan milikku..
kalian milik Allah,dan diriku hanya medan yang diciptakanNya
untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini,
Wahai suamiku,diri ini sekarang,hanyalah dalam mujahadah mentarbiyyah jiwa
agar diriku bisa menjadi sayapmu mengenggam syahid.
•*¨`*•.♫❤♫❤♫❤❤♫❤♫❤.•*¨`*•..¸♫❤♫❤♫❤❤♫❤♫❤.•*¨`*•
Tersangatlah bimbang diri ini andai ku gagal mendidik hati,
kerana yang kuimpi seorang pejuang untuk menyambung jihad
yang terbentang dengan melahirkan para mujahid...
•*¨`*•.♫❤♫❤♫❤❤♫❤♫❤.•*¨`*•..¸♫❤♫❤♫❤❤♫❤♫❤.•*¨`*•
Wahai Calon Imamku,
walau dimana jua dirimu dan siapa jua dirimu yang pasti bersama kita mendidik hati
mencintai SYAHID demi redha-NYA,sebagai hamba yang
menikmati kurniaan yang tidak terkira dari rafiul a'la,
bersamalah kita bersyukur,bersyukur dengan mencintai DIA,
lebih dari segala isi dunia dan dunia fana...
•*¨`*•.♫❤♫❤♫❤❤♫❤♫❤.•*¨`*•..¸♫❤♫❤♫❤❤♫❤♫❤.•*¨`*•
kerana hilang arti pada sebuah kehidupan andai cinta dari Allah tidak kita balas,
andai cinta sementara bisa melukakan hati sepatutnya hati-hati kita robek sudah
kerana gagal membalas segunung cinta dari DIA Maha Esa...
Semoga semuanya terjawab dalam sujud yang kita labuhkan demi redhaNya...
biarlah seribu malam berlalu tapi pastikan ianya berlalu
dengan alunan sendu dalam sujud kita diatas lembaran tahajjud dan istikharah...
Insya Allah inilah pencarian kita...
•*¨`*•.♫❤♫❤♫❤❤♫❤♫❤.•*¨`*•..¸♫❤♫❤♫❤❤♫❤♫❤.•*¨`*•
~~ If you want to build a family, a faithful one,
you can never build it on what Allah has stated
as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us.
A happy and blessed family come from Allah,
and you don't even have anything to defend it as blessed
if the first step you make is by stepping into what He has prohibited.
You can't have a happy family
if Allah doesn't help you so,
and you must know in every family that stands until their dying day,
they have Allah on their side.
You can't expect Him to help you
if you did the wrong step from the very beginning.~~
*♥*•*´¨`*•.*♥*.•*´¨`*•. ♥♥~*♥**♥*~♥♥ .•*´¨`*•.*♥*.•*´¨`*•*♥*
(¯`v´¯) ♥♥♥•♥•♥
`.¸.´ ♥♥.........¸.´
Semoga bermanfaat...
♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫
Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir
قبل أن تكتب لي الحلال
Facebook Page =(Sebelum Engkau Halal BagiKu)
-RannY-
07062011
Tidak ada komentar:
Posting Komentar